TIPS PILIH KAD KAHWIN

12:28 AM

Assalamualaikum.w.b.t
Lama Sofea tak kongsi tips untuk bakal-bakal Raja Sehari sekalian. Bulan puasa tinggal berapa minggu je lagi, dan yang pasti lepas je Raya nanti akan beratur lah Kad Undangan Majlis Perkahwinan dekat rumah. Hihi Tak caya? Kita tengok je nanti ok ðŸ˜‰ Sebab dulu pun Sofea Kahwin lepas raya Hihi
Untuk kali ni Sofea nak kongsikan beberapa tips sebelum pegi tempah Kad Kahwin. Jangan pandang remeh taw sebab kalau salah beli atau lambat memang celaru majlis nanti. Jenuh nak jemput manual tanpa kad kahwin  ðŸ˜†

Tips Memilih Kad Kahwin

1. Catat Jumlah Tetamu

Buat persiapan awal-awal sebelum tempah Kad Kahwin, catat semua jumlah jemputan yang kita nak undang. Kerana ia lebih memudahkan tugas kita masa nak tempah kad nanti. Dam mampu mengelakkan pembaziran. Contoh : Tetamu yang hendak diundang hanya 500 orang tapi tempah kad terlebih kan rugi dekat situ. Sebabnya harga kad berbeza mengikut kuantiti. Take note ya ðŸ˜‰

2. Tentukan Bajet Untuk Kad Undangan

Sekarang terlalu banyak pilihan tempat untuk kita tempah Kad Kahwin. Siap2 tentukan bajet untuk belian Kad Kahwin. Jadi lebih mudah cari yang bersesuaian dengan bajet nanti. Siap siap tentukan bajet okay ðŸ˜‰ Nak berjimat jangan pilih yang lebih dari bajet ya.

3. Survey Sebelum Menempah

Tips yang ni biasa dah buat kan? Tapi jangan mudah terpedaya dengan tawaran-tawaran yg diberikan. Sebab biasanya harga set memang dikira termasuk harga yang Free Gift tu. Hehe nak jimat betul-betul survey dulu betul-betul ok ðŸ˜‰ Banyak sangat pilihan tak kira online atau offline. Bandingkan harga dan pilih mengikut citarasa anda masing-masing.

4. Test Servis & Layanan Semasa Hendak Menempah

Cuba test servis mereka, sebab kadang-kadang ada yang murah tapi servis lambat. Sampai 2 bulan lebih baru dapat tempahan. Kalau majlis lama lagi tak ada masalah nak-nak majlis bulan depan tapi kad tak dapat-dapat lagi. Nangis kak oi  ðŸ˜¥

5. Pastikan Trust Seller Jika Tempahan Secara Online

Pastikan kita tempah dengan betul-betul trust seller yang membuat Servis Tempahan Kad Kahwin ya. Sebab biasanya bila dah tempah kita kena buat bayaran pendahuluan. Tak mahu lah kita kena tipu atau sebagainya. Check dulu betul-betul ya ðŸ˜‰
#kalu berminat buleh tengok kt kadkahwinpb.com...(kualiti bagus,murah and latest design)

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook